orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin
dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan
wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai
keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami
kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang
tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga
manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang
bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui
berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh.
orang bunian
dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh
menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan
manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan)
tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat
yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan
jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia
tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama
daripada manusia.
terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang
bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan,
memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan
manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal
dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam
cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori
kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai TekaliPada Julai 1998, satu tapak
perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran
Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit
Beruniform Peringkat Negeri Selangor.
A telemovie drama series in TV3 |
No comments:
Post a Comment