Hantu
penanggal ni juga di kenali sebagai hantu hantu tengelong di negeri Kedah
atau Balan-balan di Sabah. Hantu ni berasal dari seorang wanita yang
mengamalkan ilmu hitam. Mereka yang di katakan menuntut ilmu ni mampu
memisahkan kepada dari badan dan kepala mereka mampu terbang di samping tali
perut yang terburai. Darah yang menitik & kalau terkena pada sesiapa di
katakan berbisa dan mampu menyebabkan kudis.
Mereka yang mengamalkan ilmu ni juga di percayai menyimpan cuka bagi tujuan
memeram urat perut agar kecut sebelum di cantumkan kembali ke badan. Di cerita
juga bahawa sekiranya ada orang yang terserempak dengan tubuh hantu ni kemudian
di terbalikkan, hantu ini akan bercantum secara terbalik juga dengan kepalanya.
Dengan itu rahsia hantu ni akan terbongkar.
Hantu ni juga di percayai suka menghisap darah wanita yang
baru lepas bersalin & sekiranya darah wanita lepas bersalin ni di
hisap,wanita tersebut akan mati akibat tumpah darah. Sebab tu orang dulu
mengamalkan letak daun2 berduri di sekekeling rumah sebab mereka percaya hantu
penanggal ni takut pada daun2 berduri kerana risau tali perutnya tersangkut
pada duri2 daun tersebut.
Hantu Penanggalan
dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan
kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri
dan lain-lain. Kini, penanggal bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki
juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya
penanggal adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini
mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini
disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.
Hantu penanggal adalah seseorang
yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada
seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati
sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggal akan hidup
liar dan mengganggu penduduk berdekatan. .Penanggal juga biasanya diwarisi dari
ibu kepada anak secara turun-temurun.
Tapi zaman sekarang ni ada ke lagi orang percaya akan kewujudan hantu ni?
Memang masih ada yang mengamalkan ilmu hitam tapi kes - kes wanita bersalin
kena hisap darah dengan hantu
penanggal belum lagi la kita pernah dengar kan?? Kalau betul ada, hantu penanggal ni tak
payah merayap jauh2.. Cuma tunggu kat wad bersalin jer. Banyak hidangannya di
sana.
No comments:
Post a Comment