Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus
belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan
memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari
tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan
meletak darah
orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut
kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa
tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit
daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan
memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan.
Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan
apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya
dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh
dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk
menyakiti musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang.
Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang
membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu
mengubati mangsa. Hantu polong adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara
oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan
darah tuannya. Dengan itu hantu polong tersebut perlu diwariskan kepada
seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka.
No comments:
Post a Comment